Arkitek Jalanan

· Siri Jalanan Book 2 · Iman Publication Sdn Bhd
5.0
27 reviews
Ebook
358
Pages

About this ebook

To be honest, aku dah bosan dah dengar orang cakap ‘ belajarlah kerana Allah’ setiap kali aku mengadu down, setiap kali aku mengeluh nak give up…


Aku diam sajalah, acah-acah makan dalam.


Yalah, orang picisan macam aku ni mana layak membantah ayat-ayat daripada budak-budak usrah.


Tapi sebenarnya kan…


Aku tak pernah faham pun maksud ‘belajar kerana Allah’ tu.

Ratings and reviews

5.0
27 reviews
Shadz Dzulkafli
July 8, 2022
Buku cerita dan motivasi yang bagus diletakkan di perpustakaan-perpustakaan sekolah dan universiti.. Perkongsian dari penulis dan teguran yang diberikan bagus dijadikan panduan.. Kehidupan ini bukanlah mudah, usaha dan menyerah sepenuhnya kepada Allah selepas berusaha itu penting.. Bukan mengalah di separuh perjalanan.. Sha juga suka dengan persahabatan yang terjalin antara Teme dan Ahmad..
Did you find this helpful?
Nina
June 7, 2022
Berjaya membawa pembaca mendalami sudut pandang yang berbeza,pembawaan watak yang mudah dan santai
Did you find this helpful?

About the author

Dilahirkan di Selangor, membesar di Selangor, dan menamatkan pengajian menengah di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang juga di Selangor. Usai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penulis mendapat tajaan biasiswa penuh ke peringkat A-level lalu menyambung pelajaran peringkat tinggi di United Kingdom dalam jurusan Ijazah Serjana Muda Seni Bina.


Teme menggunakan nama samaran yang diberikan oleh rakan-rakannya ketika di peringkat pengajian menengah sebagai nama penanya sehingga ke hari ini. Nama Abdullah pula ditambah sendiri oleh penulis di belakang nama Teme sejak pertama kali menulis buku pada tahun 2016. Cara sebutan Teme adalah sama dengan cara sebutan perkataan 'teman' dalam loghat Kelantan. 'Teman' pula boleh digunakan sebagai kata ganti nama diri pertama yang membawa maksud 'saya'. Jadi, secara ringkasnya, gabungan Teme & Abdullah membawa maksud 'saya hanyalah hamba Allah'.


Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.