This is about your life, Raudhah.”
Nama aku Raudhatul Hifza.
Tiada yang istimewa tentang diriku. Aku cuma ingin memberi harapan kepada Amir Talhah untuk terus hidup. Kerana aku pernah gagal membantu seseorang. Dan aku tidak mahu ia berulang.
Aku tak pasti sama ada kau memang nak tahu cerita kami, atau kau cuma nak tahu apa yang jadi pada Talhah - dan kenapa dia asyik menyebut namaku dalam diarinya, Hiatus.
Kalau kau juga ingin membantu,
teruskan membaca kisah aku;
aku yang cuba membawa Talhah keluar daripada kekusutan hidup - depression, self-harming, suicidal - meskipun hidupku sendiri sudah sedia rumit.
Aku hanya ingin mencari bahagia - adakah akan aku temui akhirnya?
IMAN bermula pada tahun 2012 sebagai sebuah kedai buku berjenamakan Imanshoppe. Setelah mendapat permintaan luar biasa daripada para peminat buku, IMAN mengembangkan sayapnya dengan membuka sebuah syarikat penerbitan buku – Iman Publication setahun setelah itu.
IMAN yang pada awalnya hanya mempunyai dua orang pekerja sepenuh masa, kini sudah disertai lebih daripada 30 orang.