Koloni (M)

· Iman Publication Sdn Bhd
5.0
1 review
Ebook
355
Pages

About this ebook

Bagaimana jika suatu hari nanti, masyarakat diasingkan untuk hidup mengikut personaliti diri?


Tahun 2029, landskap Malaysia telah berubah. Kotanya kini dipanggil TMCC. Masyarakat pula dibahagikan kepada 4 koloni berdasarkan personaliti diri iaitu M (Empath), N (Analyst), X (Executive) dan R (Artist).


Ansar telah lama menyimpan cita-cita untuk kembali ke TMCC setelah keluarganya dibuang kota . Satu hari, Ansar menerima tawaran untuk kembali ke TMCC.


Tanpa dia sedar, ada agenda tersembunyi di sebalik tawaran itu — pada Ansar terdapat sesuatu yang bakal mengubah masa depan manusia.


Benarkah satu jenis personaliti mempunyai lebih manfaat daripada satu yang lain?


Adakah kelancaran negara bergantung sepenuhnya kepada satu jenis personaliti manusia sahaja?

Ratings and reviews

5.0
1 review

About the author

Auni Zainal (lahir 1988) atau nama penuhnya Auni Nur Fatin Mohamad Zainal berasal dari daerah Kerian, Perak. Novel pertama beliau yang bertajuk Sekali Lagi, bertemakan jalan cerita merentas masa dan dunia selari (parallel world) telah diterbitkan pada April 2018 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.


Beliau merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari Universiti Monash Malaysia pada tahun 2011, dan bekerja sebagai seorang jurutera sebelum beralih ke bidang penulisan beberapa tahun kemudian.


Kerjaya beliau sebagai penulis bermula apabila beliau menulis di dalam kolum Majalah JOM pada tahun 2012 sehingga 2013. Beliau juga aktif menulis artikel dalam blog pada waktu itu. Kini beliau menetap di Petaling Jaya, Selangor bersama keluarga beliau.

IMAN bermula pada tahun 2012 sebagai sebuah kedai buku berjenamakan Imanshoppe. Setelah mendapat permintaan luar biasa daripada para peminat buku, IMAN mengembangkan sayapnya dengan membuka sebuah syarikat penerbitan buku – Iman Publication setahun setelah itu.

IMAN yang pada awalnya hanya mempunyai dua orang pekerja sepenuh masa, kini sudah disertai lebih daripada 30 orang.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.