Lelaki Yang Hebat-Hebat Dalam Al-Quran

· Iman Publication Sdn Bhd
4.0
5 reviews
Ebook
269
Pages

About this ebook

Lelaki yang hebat-hebat itu bukanlah lelaki yang seperti malaikat.


Dia ialah lelaki yang biasa-biasa, namun saat imannya diugut oleh Raja yang jahat, dia berani masuk ke dalam gua dan meninggalkan keselesaan hidup demi membela iman. Persis pemuda Ashabul Kahfi.


Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat berhadapan dengan ayah sendiri dan masyarakat yang jahil, dia berani mempertahankan kebenaran dan menghadapi ujian. Persis Nabi Ibrahim AS, ketika mudanya.


Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat si ayah menerima arahan Tuhan untuk menyembelihnya, dia berani menyahut arahannya tanpa dolak-dalih. Persis Nabi Ismail AS, ketika mudanya.


Melalui buku ini, Ust Syaari menghurai kisah lelaki yang hebat-hebat di sisi Allah SWT meskipun hakikatnya mereka adalah insan yang biasa-biasa sahaja. Buku ini sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang mengimpikan lahirnya lelaki dengan acuan Al-Quran.


Ratings and reviews

4.0
5 reviews

About the author

Muhamad Syaari Ab Rahman ialah anak kelahiran Tumpat dan merupakan Jurulatih Utama sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Paradigma Ibrah Sdn Bhd.


Merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Al-Quran Dan Al-Sunnah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian Sarjana beliau bertajuk ‘Aplikasi Ilmu Munasabah dalam Kisah Nabi Ibrahim AS’. Beliau bercita-cita untuk menjadi ahli akademik dan pakar dalam tafsir maudu’i al-Quran.


Beliau telah mendirikan rumah tangga selama hampir 10 tahun dengan Puan Nurul Suhadah Haji Shuib dan kini dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Fatihah Wajihah, Aqeel Muhtadi al-Fatih dan Aqeel Farahi.


Beliau mula menggilap potensi dirinya dalam bidang kepemimpinan dan kejurulatihan sejak di bangku Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau kini berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam dunia latihan dan motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).


Antara rancangan televisyen yang pernah menjemput beliau sebagai panel ialah TV3 dalam rancangan “Positif”, Astro Oasis dalam rancangan “Salam Muslim” dan TV Al- Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum”. Ustaz Syaari juga merupakan panel tetap selama 4 tahun sejak tahun 2012 hingga 2016 di segmen “Ibrah” Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm.


Beliau telah menulis 2 buku laris di bawah PTS Milennia bertajuk “Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh” dan “Berfikir Gaya Al-Fateh”. Selain itu, beliau juga menulis “KOMPAS 114” (IPTC) dan “Di Bawah Teduhan Kisah-Kisah Al-Quran” (Paradigma Ibrah Sdn Bhd). Beliau merupakan jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT 3891.


Terkini, beliau sedang menggembleng tenaga pakar-pakar dan sarjana- sarjana Tafsir di seluruh Malaysia untuk berbakti kepada Tadabbur Centre yang akan menjadi pusat pembelajaran interaktif dan moden kepada ilmu tafsir dan takwil al-Quran.

IMAN bermula pada tahun 2012 sebagai sebuah kedai buku berjenamakan Imanshoppe. Setelah mendapat permintaan luar biasa daripada para peminat buku, IMAN mengembangkan sayapnya dengan membuka sebuah syarikat penerbitan buku – Iman Publication setahun setelah itu.

IMAN yang pada awalnya hanya mempunyai dua orang pekerja sepenuh masa, kini sudah disertai lebih daripada 30 orang.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.