Pelukis Jalanan

Ā· Siri Jalanan Book 1 Ā· Iman Publication Sdn Bhd
5.0
60 reviews
Ebook
200
Pages

About this ebook

"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku.ā€

[Teme Abdullah]

Ratings and reviews

5.0
60 reviews
Al-Azadi Johany
August 1, 2020
Sebuah buku yang memberi kepuasan jiwa bila membacanya. Buay pembaca muhasabah diri semula tentang apa sebenarnya yang dicari dalam hidup. Ada juga quotes nasihat yang 'deep'. Habis baca dalam tempoh 2 hari saja kerana sangat menarik sukar dilepaskan. InshaAllah akan baca koleksi Teme yang lain pula. I am officially a fan!
2 people found this review helpful
Did you find this helpful?
epacun ashadi
April 6, 2021
Aku antara pembeli yang berebut 1st cetakan, buku dlm muzium kaca, tp sbb rindu nak baca melalui phone beli di sini.. Highly recommended sebab murah siot, isi nya worth more than Rm12 percayalah
Did you find this helpful?
Shadz Dzulkafli
July 8, 2022
Patutlah buku ini disukai dan dicetak berulang-ulang.. Ada pengalaman yang dikongsikan.. Kesusahan dalam menempuh hidup di negara orang.. Manusia baik dan manusia jahat.. Ahmad yang selalu ada menegur Teme.. Great Artwork..
Did you find this helpful?

About the author

Dilahirkan di Selangor, membesar di Selangor, dan menamatkan pengajian menengah di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang juga di Selangor. Usai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penulis mendapat tajaan biasiswa penuh ke peringkat A-level lalu menyambung pelajaran peringkat tinggi di United Kingdom dalam jurusanĀ Ijazah Serjana Muda Seni Bina.


Teme menggunakan nama samaran yang diberikan oleh rakan-rakannya ketika di peringkat pengajian menengah sebagai nama penanya sehingga ke hari ini. Nama Abdullah pula ditambah sendiri oleh penulis di belakang nama Teme sejak pertama kali menulis buku pada tahun 2016.


Walaupun mengalami sedikit kekangan di peringat Alevel, penulis berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah tidak lewat daripada masa yang ditetapkan. Selepas menamatkan ijazah, penulis telah mendapat tawaran bekerja di sebuah firma seni bina di London lalu bekerja di syarikat berkenaan.


Sebelum bergelar penulis buku, Teme dikenali sebagai Pelukis Jalanan yang melukis bangunan-bangunan di kota tempat pengajiannya iaitu Kota London. Walaupun tidaklah sehebat pelukis-pelukis profesional, cerita mengenai aktiviti melukisnya pernah menjadi topik oleh blog-blog dan laman web tempatan dan internasional sehingga mendapat liputan televisyen. Cerita mengenainya juga pernah disiarkan di MHI Tv3 buat beberapa kali. Melalui pendedahan ini, Teme dapat berkongsi serba sedikit cerita tentang bagaimana dia menjual lukisan di London untuk menampung kos pengajian ijazahnya.


Melihatkan respon baik daripada pengikut yang mengikuti lukisan-lukisannya di instagram, Teme mengambil keputusan untuk menulis sebuah buku yang berpandukan pengalamannya sendiri. Penulis seakan-akan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di belakang lukisan-lukisan yang ditayangkan olehnya di media sosial.Ā 


Setakat ini, penulis telah menulis empat buah buku;Ā Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan, Impian Jalanan, dan Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama. Hanya buku pertama penulis sahaja (Pelukis Jalanan, diterbitkan pada 2016) yang ditulis ketika bergelar mahasiswa. Buku-buku lain ditulis selepas menamatkan ijazah.


Hasil sokongan daripada pembaca, Teme telah dinobatkanĀ Johan Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BHĀ pada tahun 2017. Buku Pelukis Jalanan telah diangkat dalam kategoriĀ MPH Best of 2017. Buku yang sama juga telah menerima anugerahĀ EmasĀ bagiĀ Anugerah Kulit Buku Cantik 2018.


Buku kedua Teme Abdullah (Arkitek Jalanan, diterbitkan pada 2017) pula telah diangkat sebagaiĀ Pemenang MPH Best of 2018. Buku itu juga telah menyumbang kepada anugerah terbesar yang pernah diterima oleh penulis dalam bidang ini sehingga ke hari ini iaituĀ Anugerah Buku Negara 2018.


Walaupun telah mengambil keputusan untukĀ merahsiakan identitinya, Teme Abdullah telah mengadakan satu sesi bertemu pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang sanggup membaca karyanya walaupun tidak pernah mengenali dirinya.


Segala perkara baik yang dilalui ini ialah hasil doa berterusan ibu bapa, keluarga, pembaca, penyokong, dan kawan-kawan yang tidak putus-putus sehingga ke hari ini.


Teme hanya seorangĀ penulis biasaĀ yang hanya bernasib baik untukĀ dianugerahkan oleh Allah pembaca yang betul-betul menghidupkan karyanya. Alhamdulillah.


Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.