Khalis ingin kembali ke masa asalnya namun dia tidak tahu bagaimana. Dia takut andai dia gunakan diari itu untuk mengubah takdir, akan ada kesan yang lebih buruk menimpa diri dan orang di sekeliling.
Apabila muncul orang-orang yang mengaku mereka juga terperangkap seperti dia, Khalis ragu-ragu. Adakah patut dia mempercayai mereka atau perlukah dia melindungi diari tersebut agar tidak disalahgunakan oleh sesiapa pun?
Bagi Khalis, dia hanya ada dua pilihan; memilih untuk terus bersembunyi atau mengambil risiko dalam meraih kebahagiaan.
——————————-
Sekiranya kita diberi peluang sedetik lagi demi bersama orang yang tersayang, apakah harga yang sanggup kita bayar?
Jika ditanya tentang umur, ia umpama sebiji bawang merah. Pada setiap lapisan, kita kupas satu per satu tanpa menjangka kita akan menemui banyak makna baru. Kemudian sampai pada lapisan terakhir, kita tidak menemui apa-apa lagi lalu semuanya akan mula jelas dan masuk akal.
Jangan terlalu melulu dalam mencari makna hidup. Perhatikan sekeliling, dan teruskan berjalan.