Selamat Tinggal Purnama (2): Strain Kedua

· Purnama Book 2 · Iman Publication Sdn Bhd
5.0
259 reviews
Ebook
296
Pages

About this ebook

Setelah mengejutkan peminatnya dengan pengumuman tergempar dahulu, Latif Purnama hilang daripada radar. Masyarakat tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Ada juga yang menyangka dia telah bersara.


Hampir setahun kemudian, tiba-tiba dia muncul semula dengan album terbaharu. Karya yang sedikit ganjil berbanding karya-karyanya sebelum ini. Karya yang membahayakan nyawanya.


***


Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams, Kim Jonghyun, Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu bunuh diri. 


“Such a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth,” bisik hati aku.


Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba menyelami kehidupan mereka. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini. - Teme Abdullah

Ratings and reviews

5.0
259 reviews
Nabilah Syuhada
November 28, 2020
Selamat Tinggal Purnama is actually my first Teme Abdullah's book. And, wow I do enjoyed every pages of it. i I love how Teme potrayed the character very well, the characters' names are not too fancy. Unfortunately, there are plot holes in both books. Will buy more his works in the future. I guess Teme has this Hlovate vibes. Thank you for the free ebook since I pre-order the box set few months ago.
Did you find this helpful?
Balqis Adila
April 25, 2020
Yay dah habis baca. Buku strain kedua ni pun best jugak. Sangat sangat best. Buku ni banyak cakap pasal mental issues. Isu yang dulu orang selalu pandang remeh je walaupun sebenarnya isu kesihatan mental ni berat dan besar dan tak boleh dipandang remeh. Tahniah teme!! Best buku ni! Plot dia nak buat jantung saya terkeluar masa saya baca muka surat 81. Lepas tu terpaksa la saya selak selak sikit muka surat belakang sebab tak boleh tunggu Hahahahah. Tapi dah habis baca dah. Thank you & tahniah!!! ;)
2 people found this review helpful
Did you find this helpful?
Awangku Ammar Musthaqeem
April 26, 2020
Yeayeah! Dah habis baca. Tak tahu kenapa setiap kali baca mesti imagine muka Latif ni si Joey yang Allah Ta'ala Allah Ta'ala. Tahniah Teme sebab menulis buku dengan genius lagi! At least saya ada banyak lagi kerja yang perlu dibuat selain daripada pura pura PKP extend. Bila baca pasal si Latif ni jugak. Teringat jugak macam mana kehidupan Michael Jackson.
5 people found this review helpful
Did you find this helpful?

About the author

Siapa Teme Abdullah?



Dilahirkan di Selangor, membesar di Selangor, dan menamatkan pengajian menengah di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang juga di Selangor. Usai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penulis mendapat tajaan biasiswa penuh ke peringkat A-level lalu menyambung pelajaran peringkat tinggi di United Kingdom dalam jurusan Ijazah Serjana Muda Seni Bina.


Teme menggunakan nama samaran yang diberikan oleh rakan-rakannya ketika di peringkat pengajian menengah sebagai nama penanya sehingga ke hari ini. Nama Abdullah pula ditambah sendiri oleh penulis di belakang nama Teme sejak pertama kali menulis buku pada tahun 2016. Cara sebutan Teme adalah sama dengan cara sebutan perkataan 'teman' dalam loghat Kelantan. 'Teman' pula boleh digunakan sebagai kata ganti nama diri pertama yang membawa maksud 'saya'. Jadi, secara ringkasnya, gabungan Teme & Abdullah membawa maksud 'saya hanyalah hamba Allah'.


Walaupun mengalami sedikit kekangan di peringat A-level, penulis berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah tidak lewat daripada masa yang ditetapkan. Selepas menamatkan ijazah, penulis telah mendapat tawaran bekerja di sebuah firma seni bina di London lalu bekerja di syarikat berkenaan.


Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.